![]() |
| Foto murid sekolah galas beg kotak yang menjadi viral |
Tersebarnya foto itu, maka ramailah yang berasa simpati malah ada juga yang mengaitkannya dengan mangsa banjir. Lebih dahsyat adalah golongan yang cuba mengaitkan foto tersebut dengan kelemahan sistem bantuan kerajaan. Hakikatnya pengguna media sosial dan Whatsapp tertipu dengan foto itu tanpa mengetahui fakta sebenarnya.
Akhirnya, seorang pengguna di facebook bernama Rozali Salleh menerangkan cerita sebenar di sebalik foto itu.

“Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahandi sebuah sekolah dalam daerah pensiangan… mamandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar… oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang… maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut danmenggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut.”
Ingat ya, anda perlulah meniti dulu kesahihan sesuatu perkara sebelum membuat pelbagai tomahan kepada sesetengah pihak.

0 Response to "Kisah sebenar disebalik murid Sekolah Galas beg Kotak "
Post a Comment