Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2015



KUALA LUMPUR, 23 FEB 2015: Tahniah kepada semua pemenang Anugerah MeleTOP Era 2015 (#AME2015) yang berlangsung pada malam tadi.
Nyata malam majlis tersebut menjadi sesuatu yang amat bermakna buat pelawak dan penyampai radio, Johan apabila dia mendominasi empat kategori utama yang dicalonkan.
Tidak kurang juga dengan kejayaan Ayda Jebat yang menyerlah dengan anugerah Bintang Top Top MeleTOP Wanita. Ini merupakan titik mula positif kepada karier Ayda Jebat untuk bertapak dalam dunia seni.
Aura dan kehebatana Dato’ Siti Nurhaliza pula terus berbisa apabila dia turut memenangi dua anugerah utama malam tadi.
Berikut ialah senarai penuh pemenang #AME2015:
Bintang Top Top MeleTOP Lelaki: Johan
Bintang Top Top MeleTOP Wanita: Ayda Jebat
Drama TV Meletop: Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Artis Lawak Meletop: Johan
Hos TV Meletop: Dato' AC Mizal
Pelakon TV Meletop: Zul Ariffin
Program TV Meletop: Maharaja Lawak Mega 2013
Lagu Meletop: Mewangi - Akim & The Majistret
Penyanyi Meletop: Dato' Siti Nurhaliza
Grup Duo Meletop: Akim & The Majistret
Penyampai Radio Meletop: Johan
Program Radio Meletop: JoHaRa Pagi Era
Filem Meletop: Abang Long Fadil
Bintang Filem Meletop: Nelydia Senrose
Fesyen Meletop: Nur Fazura
Artis Baharu Meletop: Ayda Jebat
Bintang Online Meletop: Dato' Siti Nurhaliza
Couple Meletop: Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

0 Response to "Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2015"

Post a Comment