Koleksi Gambar Penghormatan Terakhir Rakyat Malaysia Untuk TGNA



KOTA BHARU : Jenazah Almarhum Tuan Guru
Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
selamat dikebumikan kira-kira jam 10.45 pagi
tadi di Tanah Perkuburan Pulau Melaka.

Ratusan ribu manusia mengiringi jenazah
Mursyidul AM PAS itu yang diusung oleh lima
orang anak lelakinya menuju ke tanah
perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter
dari rumah beliau.

Sebaik sahaja jenazah diusung keluar dari
masjid cuaca yang panas tiba-tiba bertukar
mendung sehinggalah jenazah dibawa turun ke
liang lahad.

Turut mengiringi Almarhum ke perkuburan ialah
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus,
dan beberapa pimpinan AJK PAS Pusat.

Almarhum menghembuskan nafas terakhir kira-
kira jam 9.40 malam tadi di sisi ahli
keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka,
kira-kira satu jam selepas keluar dari Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Almarhum telah menerima rawatan selama 25
hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
selepas menghidap penyakit kanser prostat tahap
empat.

Di bawah ini disertakan beberapa gambar penghormatan terakhir dari rakyat Malaysia:




















0 Response to "Koleksi Gambar Penghormatan Terakhir Rakyat Malaysia Untuk TGNA"

Post a Comment