Tegar Kembali Mengemis Selepas Ditipu Pengurus



“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang. Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar. Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi”

“Saya simpati dengan Tegar. Pasport Tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’. Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran persembahan di Malaysia kerana tiada passport,” kata sumber tersebut.

Tambah sumber lagi, ‘A’ yang berwarganegara Singapura merupakan bekas pengurus kedua Tegar yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.

“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu. Banyak duit Tegar habis disebabkan dia”

“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’,” tambahnya lagi.

Selain itu, Tegar juga didakwa telah disimpan selama sebulan oleh pengurusnya itu dan tidak dibenarkan menghubungi keluarganya di kampung.

Rotikaya

0 Response to "Tegar Kembali Mengemis Selepas Ditipu Pengurus"

Post a Comment