Ditangkap kerana curi motor sendiri

gambar hiasan
Demak: Sepasang suami isteri ditangkap selepas didapati bersalah mencuri motor mereka sendiri.
Polis berkata, Arga Dwi Ardiyanto, 19, dan isteri, Widya Handayani, 23, mulanya membuat laporan mengenai kehilangan motor itu dengan menuduh seorang lelaki Supriyadi mencurinya.

“Sebaik menerima laporan berkenaan, kami menjalankan siasatan dan menahan Supriyadi.
“Tetapi hasil siasatan itu menunjukkan Arga dan Widya menjual motor itu kepada lelaki berkenaan.

Mereka kemudian membuat laporan palsu mendakwa Supriyadi mencurinya,” kata ketua polis Demak R Setijo Nugroho kepada wartawan.

Arga mengaku menjual motor itu kepada Supriyadi selepas dia tidak mempunyai wang untuk membayar sewa rumah.

Widya, dalam keterangannya kepada polis berkata, dia tidak tahu suaminya menjual motor berkenaan kepada Supriyadi.

“Saya hanya disuruh hantar motor itu kepada lelaki berkenaan,” katanya.

0 Response to "Ditangkap kerana curi motor sendiri"

Post a Comment