Pelajar bersyukur tak sempat ke sekolah

Peshawar: Seorang remaja bersyukur jamnya gagal berfungsi kelmarin menyebabkan dia terlambat bangun dan tidak sempat ke sekolah. Kejadian itu menyelamatkannya daripada menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dalam serangan terhadap sekolahnya Selasa lalu.

Dawood Ibrahim, 15, kini satu-satunya pelajar kelasnya yang masih hidup.
Kisahnya didedahkan selepas tweet yang mengatakan: “Kelas 9 tidak wujud lagi di APS. Dawood, 15, pelajar tunggal kelas itu yang terselamat.”
Abangnya Sufyan Ibrahim mengesahkan kisah itu kepada akhbar Express Tribune of Pakistan.
“Memang ditakdirkan dia terselamat kerana tidak seorangpun rakannya masih hidup. Semuanya dibunuh,” katanya.
Rakan sekelasnya dipercayai maut selepas seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya di kelas mereka.

KEADAAN di sebuah bilik darjah di sekolah yang menjadi sasaran serangan Taliban Selasa lalu. Gambar kecil, Dawood. f

0 Response to "Pelajar bersyukur tak sempat ke sekolah"

Post a Comment